Shining Star merupakan pasukan bolasepak yang terkenal di Negeri Perak. Ia ditubuhkan sekitar tahun 60an. Terdiri daripada remaja melayu Tg Rambutan. Berjaya memenangi banyak piala. Nama Shining Star dicadang oleh saudara Mohd Noor Yusuf ( Lan Perak ) yang mewakili Perak dan Malaysia di sekitar tahun enam pulohan dan awal tujoh pulohan. Tempat berhimpun remaja ini ialah di line bawah berhampiran dengan Club Samuel.
Jersi kegemaran mereka berwarna kuning, seluar orange dan sarung kaki kuning. Manakala biru dan putih merupakan jersi ketika bermain di gelanggang lawan.
Nama-nama seperti Husin Bakar ( Perak ), Kamarudin Hassan atau Taha ( Angkatan Tentera), Dollah Tuan Hamid ( Angkatan Tentera ) , Profesor Madya Ahmad Jelani Halimi atau Chegu Ani ( Johor ), Tajudin Ishak atau Halim ( Perak ), Rosli Osman ( Penjara ), Nenah ( Perak & Malaysia) Pun dan Zainal Bunting telah mengharumkan nama Shining Star di persada bolasepak negeri dan negara.
Jurulatih pasukan Perak M. Karathu pernah menyatakan kepada pemain Bunrley tahun 70an: " Kalau ada ramai pemain dari Tg. Rambutan kita boleh menang itu cup " Sebab apa ?
Mereka mempunyai skill dan berani.
Pemain terakhir dari pasukan Shining Star yang mewakili Perak ialah Sabri Ayub.
Tidak lupa Allahyarham Nadir Khan, abang Kadir, Leman Dahlan, Abang Rafi , Raja Tahir ( guru besar SK ), Pak Gading yang sama-sama menjadikan pasukan ini berjaya.
Kini kegembiraan bersama Shining Star hanya tinggal kenangan.