Wanita HBUK tahun 1966. Di padang Club Samuel.
Hospital Bahagia merupakan Hospital pesakit jiwa yang terbesar di Asia Tenggara mungkin di Asia. Dibina pada tahun 1911. Peringkat awal dikenali sebagai " Federal Lunatic Asylum. Terdiri daripada tiga wad lelaki dan satu wad perempuan. Seramai 45 pesakit.
Pada tahun 1928 namanya ditukarkan kepada " Central Mental Hospital ( CMH ). Pada pertengahan tahun 70an ia dikenali sebagai Hospital Bahagia Ulu Kinta ( HBUK ) hingga kini.
Ia menerima pesakit dari pelbagai negara. Di khabarkan bahawa Kamal Khan ( ayah Nena ) pernah menghantar pesakit warga Betawi pulang ke kampong mereka. Ada juga pesakit dari Sumatra dihantar ke sini untuk menjalani rawatan oleh attendent kemudian pesakit dan attendent itu menjadi warga Tanjong Rambutan dan kekal mereka di sini.
Satu yang menyedihkan kepada warga Tanjong Rambutan ialah pengurusan dan pentadbiran HBUK tidak mengambil berat menjaga warisan sejarah awal perubatan pesakit jiwa apabila banyak bangunan yang terdiri dari wad dan juga perumahan pekerja tidak dijadikan bangunan warisan kebanggaan Malaysia. Mana perginya rumah pekerja .... farm ....Di sini banyak sejarahnya...
Gambar di atas merupakan kegiatan kaum ibu di HBUK . mereka adalah isteri kepada pegawai dan penjaga pesakit jiwa. Sungguh meriah kehidupan di HBUK di zaman lalu.
Assalam .. ada cerita banyak ttg Tg.Rambutan. tanya Tahir Nordin n Nenah Khan.
ReplyDeleteye lah banyak memory kenangan semasa di hbuk ni teringat saya di musim perayaan sungguh meriah. satu hari saya bersiar-siar d kawasan hbuk ni banyak bangunan dan rumah telah tiada lagi hanya tinggal padang hijau saja dapat di lihat dan hati ini maseh dapat bayangkan bangunan dipadang hijau ini yang dulu nya tempat bermain dan bergurau senda dengan kawan-kawan.
ReplyDeletetolong masuk lagi gambar-gambar lama untuk tatapan tima kasih. assalamualaikum..
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteKami sedang membuat kajian dan mengumpul maklumat tentang Tg. Rambutan. Kami ingin memohon kebenaran pihak encik untuk menggunakan maklumat dan gambar dari blog ini.
Sekian, terima kasih.