Thursday, January 13, 2011

Pak Ya

Pak Ya Line Baru.
Pak Ya ayah kepada Mail yang pernah menetap di line baru Hospital Bahagia sekarang sakit tenat di Bukit Mertajam.

Kepada anak-anak dan orang lama Tg. Rambutan yang ada kesempatan bolehlah ziarahnya di BM.

Untuk perkembangan terkini boleh hubungi cikgu Azmi bin Ariffin (017 509 5696) pembantu khas PPD Kinta Selatan. Cikgu Mi baru balik ziarah semalam ( 14 / 1 / 2011 )

Sunday, January 9, 2011

Shining Star

Shining Star merupakan pasukan bolasepak yang terkenal di Negeri Perak. Ia ditubuhkan sekitar tahun 60an. Terdiri daripada remaja melayu Tg Rambutan. Berjaya memenangi banyak piala. Nama Shining Star dicadang oleh saudara Mohd Noor Yusuf ( Lan Perak ) yang mewakili Perak dan Malaysia di sekitar tahun enam pulohan dan awal tujoh pulohan. Tempat berhimpun remaja ini ialah di line bawah berhampiran dengan Club Samuel.
   Jersi kegemaran mereka berwarna kuning, seluar orange dan sarung kaki kuning. Manakala biru dan putih merupakan jersi ketika bermain di gelanggang lawan.
    Nama-nama seperti Husin Bakar ( Perak ), Kamarudin Hassan atau  Taha ( Angkatan Tentera), Dollah Tuan Hamid ( Angkatan Tentera ) , Profesor Madya Ahmad Jelani Halimi atau Chegu Ani ( Johor ), Tajudin Ishak atau Halim ( Perak ), Rosli Osman ( Penjara ), Nenah ( Perak & Malaysia) Pun dan Zainal Bunting telah mengharumkan nama Shining Star di persada bolasepak negeri dan negara.
    Jurulatih pasukan Perak M. Karathu pernah menyatakan kepada pemain Bunrley tahun 70an: " Kalau ada ramai pemain dari Tg. Rambutan kita boleh menang itu cup " Sebab apa ?
Mereka mempunyai skill dan berani.
    Pemain terakhir dari pasukan Shining Star yang mewakili Perak ialah Sabri Ayub.
Tidak lupa Allahyarham Nadir Khan, abang Kadir, Leman Dahlan, Abang Rafi , Raja Tahir ( guru besar SK ), Pak Gading yang sama-sama menjadikan pasukan ini berjaya.
Kini kegembiraan bersama Shining Star hanya tinggal kenangan. 

Wednesday, January 5, 2011

Hamidah Pak Aziz

Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya kepada Hamidah bt. Abdul Aziz  
isteri saudara Azmi bin Tak ( Ucop ).
Meninggal di hospital Raja Perempuan Bainun Ipoh. Beliau meninggalkan empat orang anak. Akan dikebumikan di tanah perkuburan Tanjong Rambutan.
6 Januari 2011.
Saudari Hamidah dibesarkan di Line Baru Hospital Bahagia Ulu Kinta
kemudian menetap di belakang balai polis Tg Rambutan.
AL-Fatihah sertakan doa kepadanya.

Tuesday, January 4, 2011

H.B.U.K 2010

Hospital Bahagia

Wanita HBUK tahun 1966. Di padang Club Samuel.
 
   Hospital Bahagia merupakan Hospital pesakit jiwa yang terbesar di Asia Tenggara mungkin di Asia. Dibina pada tahun 1911. Peringkat awal dikenali sebagai " Federal Lunatic Asylum. Terdiri daripada tiga wad lelaki dan satu wad perempuan. Seramai 45 pesakit.
   Pada tahun 1928 namanya ditukarkan kepada " Central Mental Hospital ( CMH ). Pada pertengahan tahun 70an ia dikenali sebagai Hospital Bahagia Ulu Kinta ( HBUK ) hingga kini.
   Ia menerima pesakit dari pelbagai negara. Di khabarkan bahawa Kamal Khan  ( ayah Nena ) pernah menghantar pesakit warga Betawi pulang ke kampong mereka. Ada juga pesakit dari Sumatra dihantar ke sini untuk menjalani rawatan oleh attendent kemudian pesakit dan attendent itu menjadi warga Tanjong Rambutan dan kekal mereka di sini. 

 Satu yang menyedihkan kepada warga Tanjong Rambutan ialah pengurusan dan pentadbiran HBUK tidak mengambil berat menjaga warisan sejarah awal perubatan pesakit jiwa apabila banyak bangunan yang terdiri dari wad dan juga perumahan pekerja tidak dijadikan bangunan warisan kebanggaan Malaysia. Mana perginya rumah pekerja ....  farm ....Di sini banyak sejarahnya...
   Gambar di atas merupakan kegiatan kaum ibu di HBUK . mereka adalah isteri kepada pegawai dan penjaga pesakit jiwa. Sungguh meriah kehidupan di HBUK di zaman lalu.

Monday, January 3, 2011

Tanjong Rambutan.


Depan Masjid Tg. Rambutan

   Ketika berbual dengan salah seorang tenaga pengajar di Sekolah Raja Chulan yang lebih dikenali sebagai chegu Jamali ( Jamali bin Abdul Rahman ). Sekitar tahun 70an. Dia menyatakan bahawa budak-budak Tanjong Rambutan ini memeriahkan suasana sekolah di Ipoh. Kebanyakan sekolah di sekitar Ipoh pasti ada budak Tanjong. Yang menariknya di kalangan budak Tanjong ni semua ada, pelajar terbaik, olahragawan terbaik, berbakat atau tidak, baik atau nakalnya mereka ....Inilah uniknya Tanjong Rambutan.

    Ketika dibina sekolah menengah Ulu Kinta keceriaan dan kemeriahan sekolah di Ipoh kurang sikit. Sunyi rasanya..Kata chegu Jamali. Kenakalan, kecerdikan, pelajar berbakat, berani dan sebagainya seolah-olah hilang dari dairi sekolah.( Chegu Mat Isa & murid perempuan di tahun 50an)

    Sebagai memenuhi ruangan blogspot ini kami mengajak semua warga Tanjong dan yang lainnya agar mengirimkan bahan, cerita, gambar atau sebagainya kepada kami.
  
     Jom kita meriahkan ruangan ini.

Sunday, January 2, 2011

Jejak Mesra Anak-Anak & Orang Lama 2010

Jenderal (B) Tan Sri Abdul Rahman bin Abdul Hamid

Macam-macam

Keluarga Pak Jali & Mak Ck Kiah line baru

Chegu Ani, Salim & Mail Pak Ya

Hamdan & G Jonit

Pameran Gambar . Deki, Ri Mat Ghasid & Baha

Salam Perkenalan

Assalamu alaikum wa rahmatullah..
Semoga pertemuan di alam maya ini mempereratkan hubungan anak-anak dan orang lama Tanjong Rambutan. Kita mendoakan agar anda semua mendapat rahmat dari Allah sepanjang perjalanan kehidupan di dunia dan akhirat.

Lama tak berjumpa, macam-macam cerita suka duka kita dengari.
Ada yang ... macam-macam seronok betull..
Layari blog ini .. Ada cerita dan kisah kawan lama.