Tuesday, February 22, 2011

Abang Kadir

Semoga Dicucuri Rahmat Ke Atas Ruhnya.
Abang Kadir Husin ( Sekolah )
Meninggal Dunia 
Jam 2:00 pg.
akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tg. Rambutan selepas solah Zuhur 
23 / 02 / 2011 ( RAbu ).
Al-Fatihah.

Wednesday, February 9, 2011

Small Town Coffee Bt 8

Jumpa kawan-kawan lama di Small Town Coffee. Ada yang akan jadi jutawan. Macam-macam cerita. Yang menarik kami semua ingin adakan perjumpaan dengan ana-anak Tg Rambutan dan orang lama. Ada yang bertanya kenapa tidak ramai yang datang kali ini? Pelbagai alasan yang diberi dan kita terima. Kesimpulannya ialah sikap kita dengan program itu. Sejauhmana kita boleh menafaatkan program itu.
Abang Leman kata : Kita tak mahu performkan persatuan kerana sikap kita. Kita sanggup bagi laluan kepada yang berminat untuk menerajui program ini dan persatuannya. Berapa banyak persatuan yang hidup segan, mati tak mahu..
Di tempat lain. Ada yang menyatakan kepada kita perjumpaan itu hanya suka-suka dan tidak ada objektifnya.
Kita perjelaskan tujuan dan objektifnya:
  • Silaturahim.
  • Mengikuti perkembangan anak-anak Tg Rambutan dan orang lama.
  • Khidmat kebajikan ( perhatikan perkataan chegu Ani tentang USM ).(Sumbangan bulanan).
  • Mendekatkan hubungan anak-anak Tg Rambutan dan orang lama dengan Tg Rambutan.

dan ada beberapa tujuan untuk kepentingan anak-anak Tg Rambutan..
Dengan adanya maklumat yang pelbagai mungkin kita mampu membantu anak-anak kita. Kita adakan perjumpaan ini dengan kita menjauhkan perbezaan politik dan kedudukan kita. Kita anak-anak Tg Rambutan dan itulah sejarah hidup kita. Lihat mereka yang hadir . Ada jenderal, pensyarah kanan, jurutera, penghibur, ahli sukan dan sebagainya. Mereka datang kerana ingin bertemu dengan anak-anak dan orang lama Tg Rambutan. Nak tahu perkembangan terkini dan ingin membantu ....
Yang tinggal kat Tg Rambutan ada yang tak mahu kerana salah faham. Apa yang saya dapat kalau datang? Nak tanah pun susah macam-macam lagi kita dengar...Ini politiklah...
Kita mengajak kepada semua agar ambil menafaat dari pertemuan dan perjumpaan kita yang akan datang.
Akhir sekali kita ucapkan syabas kepada orang line baru kerana mereka yang paling ramai hadir.