Tuesday, March 15, 2011

Terkenang

  Teringat ketika di zaman remaja di Hospital Bahagia sekitar 50an dan 60an. Suasana meriah. pelbagai kegiatan yang dilakukan, sejak pagi hari sampai ke malam. Diantaranya ialah lakonan gabongan pelakonnya terdiri dari pakcik-pakcik dan abang-abang kita. Lakonan tidak terlibat kaum ibu kecuali malam belia ada sedikit campuran lelaki dan wanita. Tujuan diadakan program ini ialah untuk menghilangkan kebosanan bekerja dan menghimpunkan remaja agar tidak terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral. Samuel Club merupakan tempat yang banyak menjadi tumpuan kepada program ini selain dari padang pekan Tg Rambutan. Yang menarik ada seorang remaja, Taja Pak Iman ia buat wayang dengan cermin dan dinamo basikal dipancarkan ke kain putih. Ramai budak-budak yang tengok.

  Gelanggang silat bercambah di sana sini. dan setiap majlis perkahwinan selalunya diadakan pertunjukan silat. Macam-macam jenis silat, ada lintau, gayong, kuntau jawa, wakaf sembilan dan silat acheh. Tok gurunya ramai. nama-nama seperti Pak An ( Azhan ayah nuar ),Pak Rani, Bidin dan banyak lagi. Banyak panglima tetapi bila pelepah nyor jatuh ramai lari lintang pukang.
berdiri: Syed,Idris, Di, Pak Haris, Rahim, Buyong,Pak Han.duduk : Aziz, Zambri Nik, 'A , Pak Ya, Rahim Penang. Mail Pak Ya.


Pertunjukan Silat di Balai Tg. Tahir & Nuar Pak Sudin.
Setiap inci padang pasti ada team bolasepak, takraw ( dulu sepak raga ) dan yang menarik setiap kejohanan dunia berlangsung pasti ada team ini dan itu. Kalau ada kejohanan seperti hoki, kayu ubi jadi mangsa buat kayu hoki, manakala pad untuk keeper mayang pokok pinang. Dan banyak lagi gambaran dan cerita dalam diari Tg Rambutan.
Duduk Kak Normah , Kiah & Kak Ummi

Tuesday, March 1, 2011

Rumah Orang Kahwin

  Menjadi kelaziman di Tg Rambutan, setiap kali majlis perkahwinan ada persembahan KUGIRAN samada siang atau malam. Ia menjadikan rumah pengantin tu meriah kerana ramai di kalangan remaja berkumpul.
  Saya ingin menceritakan sebuah kisah berlaku di rumah Pak Usof Gemuk ( ayah gg ). Semasa kak Ani dan abang Udin berkahwin. Pada malam itu kugirannya ialah Les Dinamis dari Simpang Pulai dan penyanyi wanitanya ialah Azmah Mahmud. Band Boy mempunyai ikatan persaudaraan dengan budak Tg. Selepas Zul Iman menyampaikan lagu Ole-Ole Temasik tiba giliran Azmah Mahmud menyampaikan lagu. Setelah menyampaikan lagu ia datang dekat dengan budak Tg. Ia macam nak duduk tetapi tak duduk.. lalu seorang brother menarik kerusi kebelakang dan Azmah Mahmud pula nak duduk. Apakan daya Azmah Mahmud pun jatuh .. punggung jatuh dulu dan menangis.. kesian dia .. kita nak buat macamana?  Lepas tu ia nyanyi semula.. kira malam tu semua orang ok aje.. Saya tahu siapa yang buat kerja tu...
   Itulah kenangan rumah orang kahwin di Tg. Rambutan. Macam-macam perangai ada..dan macam-macam permintaan nyanyian dan ada yang perkena pengantin sebab pengantin tak pandai menyanyi dan sebagainya..
 Kumpulan D' Puspa. 60 - 70 an. M Rizal pernah join kumpulan ini masa dia remaja sebagai pemain bass guitar.


Dari Kiri : Rahim, D Pak Man, Shukor, Noriah Gate, x ingat nama ( anak Mat Cheh ), Kakak Kasim Wongso, Kiah Hj Lamah, Pin Tobek.
Duduk Kiri: Chegu Oe, Saleh, Abang Deris Hj Lamah


Tg Rambutan di sekitar 60an ada lima buah band.