Tuesday, March 15, 2011

Terkenang

  Teringat ketika di zaman remaja di Hospital Bahagia sekitar 50an dan 60an. Suasana meriah. pelbagai kegiatan yang dilakukan, sejak pagi hari sampai ke malam. Diantaranya ialah lakonan gabongan pelakonnya terdiri dari pakcik-pakcik dan abang-abang kita. Lakonan tidak terlibat kaum ibu kecuali malam belia ada sedikit campuran lelaki dan wanita. Tujuan diadakan program ini ialah untuk menghilangkan kebosanan bekerja dan menghimpunkan remaja agar tidak terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral. Samuel Club merupakan tempat yang banyak menjadi tumpuan kepada program ini selain dari padang pekan Tg Rambutan. Yang menarik ada seorang remaja, Taja Pak Iman ia buat wayang dengan cermin dan dinamo basikal dipancarkan ke kain putih. Ramai budak-budak yang tengok.

  Gelanggang silat bercambah di sana sini. dan setiap majlis perkahwinan selalunya diadakan pertunjukan silat. Macam-macam jenis silat, ada lintau, gayong, kuntau jawa, wakaf sembilan dan silat acheh. Tok gurunya ramai. nama-nama seperti Pak An ( Azhan ayah nuar ),Pak Rani, Bidin dan banyak lagi. Banyak panglima tetapi bila pelepah nyor jatuh ramai lari lintang pukang.
berdiri: Syed,Idris, Di, Pak Haris, Rahim, Buyong,Pak Han.duduk : Aziz, Zambri Nik, 'A , Pak Ya, Rahim Penang. Mail Pak Ya.


Pertunjukan Silat di Balai Tg. Tahir & Nuar Pak Sudin.
Setiap inci padang pasti ada team bolasepak, takraw ( dulu sepak raga ) dan yang menarik setiap kejohanan dunia berlangsung pasti ada team ini dan itu. Kalau ada kejohanan seperti hoki, kayu ubi jadi mangsa buat kayu hoki, manakala pad untuk keeper mayang pokok pinang. Dan banyak lagi gambaran dan cerita dalam diari Tg Rambutan.
Duduk Kak Normah , Kiah & Kak Ummi

4 comments:

  1. Orang yang mendahului kita memikirkan bagaimana generasi selepasnya hidup. Mereka bekerja & berusaha untuk kepentingan pewarisnya.Tetapi bagaimana kita? Apa yg kita tinggalkan buat pewaris kita?
    Sebahagian dari kenangan kita di Tg.Rambutan telah hilang..Yg tinggal sekeping hati dan memori hidup panas & sejuk, segar dan ....
    Seronok tengok gambar lama ...

    ReplyDelete
  2. Masa tahun 69 ramai budak melayu belajar selempang merah. Mereka mengamuk habis pecah dinding surau Kg Kolam. Ramai yang sembahyang pasai selendang merah. tak lebih dari itu. he 3x..koman betui..

    ReplyDelete
  3. pak tungge, gamba abah ada kat atas tu. rindunya kat abah. ingat masa kecik naik keretapi g tg rambutan. rindunya naik basikal tok buuya

    ReplyDelete
  4. Kak normah dan kak kiah 2 mak sy! Dan mak saudara sy. Mak dah meninggal dunia . Mak lang kiah ada lg, semoga dipjg umur n murah rezeki

    ReplyDelete