Tuesday, March 1, 2011

Rumah Orang Kahwin

  Menjadi kelaziman di Tg Rambutan, setiap kali majlis perkahwinan ada persembahan KUGIRAN samada siang atau malam. Ia menjadikan rumah pengantin tu meriah kerana ramai di kalangan remaja berkumpul.
  Saya ingin menceritakan sebuah kisah berlaku di rumah Pak Usof Gemuk ( ayah gg ). Semasa kak Ani dan abang Udin berkahwin. Pada malam itu kugirannya ialah Les Dinamis dari Simpang Pulai dan penyanyi wanitanya ialah Azmah Mahmud. Band Boy mempunyai ikatan persaudaraan dengan budak Tg. Selepas Zul Iman menyampaikan lagu Ole-Ole Temasik tiba giliran Azmah Mahmud menyampaikan lagu. Setelah menyampaikan lagu ia datang dekat dengan budak Tg. Ia macam nak duduk tetapi tak duduk.. lalu seorang brother menarik kerusi kebelakang dan Azmah Mahmud pula nak duduk. Apakan daya Azmah Mahmud pun jatuh .. punggung jatuh dulu dan menangis.. kesian dia .. kita nak buat macamana?  Lepas tu ia nyanyi semula.. kira malam tu semua orang ok aje.. Saya tahu siapa yang buat kerja tu...
   Itulah kenangan rumah orang kahwin di Tg. Rambutan. Macam-macam perangai ada..dan macam-macam permintaan nyanyian dan ada yang perkena pengantin sebab pengantin tak pandai menyanyi dan sebagainya..
 Kumpulan D' Puspa. 60 - 70 an. M Rizal pernah join kumpulan ini masa dia remaja sebagai pemain bass guitar.


Dari Kiri : Rahim, D Pak Man, Shukor, Noriah Gate, x ingat nama ( anak Mat Cheh ), Kakak Kasim Wongso, Kiah Hj Lamah, Pin Tobek.
Duduk Kiri: Chegu Oe, Saleh, Abang Deris Hj Lamah


Tg Rambutan di sekitar 60an ada lima buah band.

7 comments:

  1. aku member bedoi. x de ke cerita ttg dia. kat mana dia.kalau boleh tanya kat kawan lama saya. Kasim adik ipar dia atau tahir...

    ReplyDelete
  2. Ada kisah Bedoi dan banyak lagi. Tunggu kita sedang mencari bahan, cerita dan gambar lama tg Rambutan. sesiapa yang membaca boleh hantar kat kita. you siapa ? tlong hntar gambar atau cerita lama.

    ReplyDelete
  3. Banyak cerita dan kenangan yang boleh kita kongsi. Kepada anak dan orang lama TG. hantarkan cerita atau gambar kat blog ini.

    ReplyDelete
  4. Gambar2 tersebut kensng kembali kakak2 dan abang2 yang masih saya kenal.Pada masa itu saya drj 2 sek umum tu.Bagus ada blog ini mengimbas kembali zaman dulu.Dah bermastautin di KL.Pernah kena rotan panjang dari Cik Gu Mat Isa.Walau apa pun saya bersyukur jadi maanusia yang berguna.

    ReplyDelete
  5. Pak Bedoi tu tinggal di Kpg Mesjid rumah lama emaknye.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. Saya amat tertarik dgn cerita kisah kahwin yg diatas. Saya rasa seolah2 cerita tersebut adalah mengisahkan keluarga saya dan pengantin yg dimaksudkan adalah Rohani(ibu saya),Udin @ Mohammad Ali adalah bapa saya.GG @ Azizi adalah bapa sedara saya manakala Pak Usuf gemuk Tok Wan saya yg isterinya bernama Hawa. Kumpulan kugiran Les Dinamis berasal dari Simpang Pulai juga dianggotai abg sedara saya mior.Utk makluman penulis penyanyi kumpulan iaitu Azmah Mahmud baru sahaja kembali kerahmatullah pada 9 Jun 2021 sakit tua....sedekahkan Alfatihah.Jika penulis ingin tahu selanjutnya bileh menghubungi saya 0106656630.En. Rozimi anak kepada pengantin yg dimaksudkan......Terima kasih atas penulisan tersebut. Ianya mengingatkan saya sewaktu kecil di line belakang depan padang.

    ReplyDelete
  7. Jika nak gambar les dinamis sy ada

    ReplyDelete